Pengenalan Ihtifal Ulul Albab MRSM Se-Malaysia



Firman Allah S.W.T di dalam kitab Al-Quranul Karim yang bermaksud :


Dan Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar; belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu, dan belum cukupkah (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu" (Surah Fussilat : 53)
Al-Quran telah diturunkan sebelum kurun ke-15 kepada nabi yang ummi, Nabi Muhammad S.A.W. Di dalamnya terangkum manhaj dan syariat yang mengandungi berita-berita, pelbagai pengetahuan yang membuktikan kebesaran Pencipta dan kelemahan makhluk. Para ilmuan Al-Quran dan Saintis Islam bertanggungjawab meneroka dan membahaskan ayat-ayat Al-Quran dan kebenaran saintifiknya. 
Atas kesedaran itu, MRSM Kota Putra merasa terpanggil untuk memulakan langkah awal bagi membina generasi saintis muslim profesional yang berkemampuan membentuk budaya fikir dan zikir berteraskan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam akan datang. 
Ihtifal Ulul Albab MRSM Se-Malaysia 2019 kali ke 6 telah diadakan di MRSM Kota Putra buat kali kedua bertujuan untuk mengumpulkan para pelajar dari seluruh MRSM bersama-sama meneroka keajaiban Al-Quran.

Share: